Monday, August 5, 2013

Ermmmm...kuih..!!!!

Kuih tahi itik


Kuih tahi itik
Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.


Kuih pauh dilayang

Kuih pauh dilayang merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.
Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

 Kuih akok

Sarang kuih akok moden.
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.


No comments:

Post a Comment