Makanan Menarik Di Kelantan.
Perkara yang aku paling suka pasal Kelantan ni adalah masakan dia. Hampir dua tahun aku belajar di Kelantan. Bila ada masa free ( tak perlu tunggu weekend, sebab time weekend pon kitorang fly ) adalah menjadi kewajipan kami keluar makan di gerai gerai dan juga restoren yang sediakan makanan yang lazat lazat.
Hari ni, rasa nak share pulak dengan korang pasal makanan menarik yang ada di Kelantan, for sure, takda kat tempat lain, kalo ada pon, confirm, tak sesedap yang Kelantan. So, Raya Haji nanti, pada mereka yang balik bercuti ke Kelantan, bolehlah singgah kedai makan yang aku akan listkan dibawah ni..
1. Nasi Kak Wok.
Gaul nasi sebati dengan kuah, letak sambal sikit..nga nga mulut..nomnomnomnom.
Glup glup glup glup, *minum air*
Nasi berlaukkan ayam dipotong kecil kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulainya, fulaaammmaaakkkk, marbeles..juga resepi tersendiri...sambal belacan amatlah tidak menduka citakan!!..campuran cili dan belacan yang sangatlah mantap...Ramai kawan aku, yang rata ratanya dari pantai barat menggemari Nasi Kak Wok. Sekali makan, pasti nak cuba lagi.. tak tipu.serius.
Nasi Kak Wok ni sangatlah famous di area Kota Bharu. Dan disebabkan ada " Gaahhh", ramai yang buka kedai makan berlaukkan yang sama tapi berlainan resepi dengan menamakan gerai mereka " Nasi Kak Wok ", dan " Nasi Ala Kak Wok ".
Dipercayai, gerai pertama yang dijual oleh Kak Wok sendiri terletak di jalan belakang Kota Bharu Medical Centre ( KBMC ). Dan gerai Nasi Kak Wok yang menjadi kegemaran aku terletak di bangunan baru Kubang Kerian, satu bangunan dengan CIMB bank ( tak silap )..Kedai ni dibukak pada pukul 12.30 tengah hari - 4.00 petang. Selalunya, pukul 3 tu dah habis dah..
Habis flying..selalu makan kat sini..Harganya murah je, RM3.50 sebungkus. Boleh tambah nasi dan lauk, tapi kena tambah duitlah..hehehe.
2. Nasi Kukus Ayam Berempah.
cobek ayam, letak atas nasi, letak sambal belacan sikit..nga nga mulut..nomnomnom.
sedapppnya rempah ayam
( gambar dari google, maaf tuan blog )
Di Kelantan ni jugak, tersohor dengan Nasi Kukus Ayam Goreng berempah..Selain rasa nasi tu sedapp, tak sama dengan nasi kukus elektrik, specialnya ada pada ayam. Kalo kena rempah ( resepi tersendiri ) sedappp, maka sedaappp lahhh..bertambah sedap bila dimakan bersama sambal belacan dan juga papadom.
Nasi Kukus yang aku paling suka terletak di Pengkalan Chepa, Nasi Kukus Zaeman, dan juga Nasi Kukus Haikal.. Harga sebungkus nasi kukus ni, RM4.50, kiranya harga standardlah..puas hati sebab dia letak ayam besar..
Kat lain lain pon ada nasi kukus ni, tapi aku paling suka yang Kelantan, rempahnya mantappp, tak mengecewakan..
3. Nasi Ulam Cikgu.
cobek ayam, letak atas nasi, cobek pulak ulam, gaul gaul dengan budu,pastu letak atas ayam
dan nasi tadi, nga nga mulutt..nomnomnomnom..errrkkkkk..sendawa. Alhamdulillah.
Bagi peminat masakan asli @ kampung Kelantan, Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah restoran target anda. Keunikan restoran nasi ulam ni ada pada lauk dan kepelbagaian ulam yang disediakan. Makan ulam, awet muda..Antara menu yang special disini adalah, ikan keli goreng saiz besar, gulai tempoyak ikan patin, ikan haruan, dan budu special. Dipercayai, budu di restoran ini dimasak sendiri oleh tukang masak, dan sudah pasti takda di tempat lain..special kan?.
Dinasihatkan, pada yang nak try makan disini, seeloknya, datang awal, peak hours ialah pada pukul 1-2 tengah hari, dan Restoran ni mula beroperasi pada pukul 11 pagi - 5 petang.
Eh, lupa nak bagitahu, Restoran Nasi Ulam Cikgu ni terletak di Kampung Kraftangan Kelantan, berdekatan dengan Masjid Muhammadi dan Ridel Hotel. Harganya pula bergantung pada lauk yang kau ambik..Nak lebih jimat, makan dengan cara hidang, jangan buat style buffet.
for more, boleh rujuk link ni : Catz cafe : Nasi Ulam Cikgu.
4. Cendol Pulut Tapai. ( CPT )
Gaul kasi sebati, pastu nga nga mulut, masukkan sudu berisi CPT kedalam mulut, tutup mulut, tarik sudu keluar, dan rasakan kenikmatan CPT..sejuk sejuk manis macam tu..kehkehkeh
Dah menjadi kebiasaan aku masa belajar di Kelantan, setiap kali ada free time, aku akan singgah ke gerai cendol pulut tapai kegemaran yang terletak bersebelahan dengan Restoran Kengsom dan berhadapan dengan Nasi Kukus Zakini, aku dah lupa nama jalan tu..Berek 12 kot..tak sure.
CPT ni berbeza dengan CPT di Besut, CPT disini di-blended dengan ais. Dan isi di dalam CPT ni bukan setakat cendol dan tapai ( ubi ) je, ada macam macam lagi, termasuklah, pulut, kacang hitam, jagung, buah kabong, dan lain lain ( tak kenal nama ).
Tang mana specialnya?.
Aku tak sure, tapi campuran gula melaka, santan dan segala isi dalam CPT tu sangatlah sesuai..amatlah tidak mengecewakan, sangat sesuai dimakan bila musim panas.
Selain tu, CPT dekat dengan stadium Kelantan juga tidak mengecewakan, tapi ku jarang makan kat situ, susah nak parking.
for more, boleh rujuk sini : Shelbybaby : Kelantan Eats.
***************************
Actually, banyak lagi makanan menarik yang ada di Kelantan. tak sempat nak review semua, aku buatkan satu list ye.
- Nasi Sup dan Daging Bakar berdekatan dengan Hotel Riverview dan Hotel Ridel.
- Roti Canai Gear Box di hadapan Muda Osman Kubang Kerian.
- Food Village di Pengkalan Chepa, RM20 satu kepala, makan sesuka hati.
- Yati Ayam Percik Jalan Long Yunus.
- Nasi Kerabu Wakaf Bharu.
- Roti Nan Cheese berdekatan dengan Wisma..gebu je roti.sangatlah lembut.
- Maggi Ketam Aleemy di Cherang Ruku, Pasir Puteh.
Setakat tu je kot. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku ni ingat ingat lupa..Tadi kat previos entry ada bagitahu nak makan Pizza bila pergi KB nanti, tak jadilah.cancelll...nak cari Nasi Kak Wok ( tapi, macam tak sempat ), kalau tak sempat, nak cari Nasi Kukus, dan Cendol Pulut Tapai.
No comments:
Post a Comment