Monday, August 5, 2013

MoNumen Bersejarah di kota ku..

Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.
Artikel ini kami cuba rangkumkan kesemua tempat-tempat tersebut bagi memudahkan rujukan anda.
Setiap monumen mempunyai sejarah serta latar belakang tersendiri. Untuk info sejarah yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan terus apabila berkunjung ke sini dengan membaca informasi yang disediakan di setiap monumen.
Kesemua tempat-tempat yang disebutkan ini adalah berdekatan dan anda boleh berjalan kaki sahaja.

Kota Sultan Ismail

Kota Sultan Ismail Petra
Pintu Gerbang atau Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra, mercu bandar Kota Bharu
Kawasan Parking Kota Sultan Ismail
Kawasan parking di dataran Kota Sultan Ismail. Agak sibuk pada waktu cuti sekolah.

Padang Merdeka

Padang Merdeka
Padang Merdeka
Padang Merdeka  yang sekarang ini dijadikan lokasi perarakan dan upcara rasmi. Dahulunya ia dikenali sebagai Padang Bank. Terdapat tugu peringatan perang dunia pertama.

Istana Balai Besar

Pintu Kota Istana Balai Besar
Pintu Kota Istana Balai Besar
Istana Balai Besar 1907
Istana Balai Besar tahun 1907. Foto Arkib
Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu. Tahun wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun 1844.  Sekarang ini, istana ini tidak lagi menjadi kediaman rasmi Sultan Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi DiRaja.

Istana Jahar

Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Istana Jahar – Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Istana Jahar yang dahulunya sebuah istana kediaman Sultan. Sekarang ini ia sudah menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Istana ini mempunyai warisan seni bina Melayu yang indah dan unik.

Bank Kerapu

Bank Kerapu - Muzium Perang
Bank Kerapu – Muzium Perang
Bank Kerapu yang sekarang ini dijadikan memorial peperangan. Terdapat pelbagai bahan pameran perang seperti gambar-gambar, artikel serta artifak bersejarah.

Bank Pitis

Bank Pitis
Bank Pitis
Bank Pitis, pitis adalah matawang Kelantan pada zaman dahulu. Sekarang ini pun masih ramai yang menggunakan perkataan pitis yang bermaksud wang.

Muzium DiRaja

Muzium DiRaja
Istana Batu – Muzium DiRaja

No comments:

Post a Comment